Friday, 11 February 2011

Arahan Kedua Bakal Peserta Pemantapan PJS dan Pelapis

Semua peserta dikehendaki wajib mendaftar seperti berikut;
22hb Feb 2011 jam 6.00 petang
Lokasi: Hotel Amir Ramadhan, Komplek Wahida, Jejawi, Perlis
Kos pendaftaran: RM 100 perorang( termasuk penginapan, pengankutan dan makanan )

*SILA BAWA BEKALAN MAKANAN SENDIRI SEPERTI SARDIN HPA, BERAS, BAWANG, LIMAU NIPIS dan MINUMAN HPA

Arahan Pertama Peserta Program Pemantapan PJS dan Pelapis

Semua peserta di wajibkan untuk menghafal 2 lagu UNIC
1. Lagu Usahawan
2. Hijrah
Sila dapatkan album UNIC dan pastikan tuan dan puan menghafal lagu tersebut.

Program Pemantapan PJS dan Pelapis pada 23 & 24hb Feb 2011

Perhatian seluruh PJS dan Pelapis Malaysia
Kepada tuan dan puan yang mendaftarkan diri menghadiri program pemantapan PJS dan Pelapis pada 23 & 24 hb Feb 2011 di Taman Herba , Bukit Ayer, Perlis diminta untuk seperti berikut;

1. Reconfirm kehadiran anda dengan menghubungi setiausaha PJS Kelab masing masing atau sms terus ke En Kamal pada no hp 0134804717 selewat lewatnya pada 15hb Feb 2011.
2. Bagi yang tidak mendaftar tetapi ingin hadir boleh memohon dengan menghubungi terus En Kamal.
3. Peralatan wajib di bawa;
- peralatan mandi (sabun, ubat gigi, tuala dsbnya)
- pakaian sukan ( kasut, seluar sukan, t shirt bagi lelaki dan pakaian sukan untuk muslimat)
- pakaian solat termasuk sejadah
- selipar
- alatan menulis termasuk buku nota, marker pen, pen, pensil dan yang difikirkan perlu
- Al quran dan Wirid Matsurat
- Ubatan sendiri seperti minyak but but dan produk HPA yang difikirkan untuk kegunaan sendiri.
4. Peserta tidak di sarankan membawa peralatan komputer pada hari program tersebut.
Sebarang perubahan atau penambahan maklumat akan GM infokan dari waktu ke waktu.
Sekian. Wasallam

Modul Khas Perlatihan JAWI Water Filter & Jam Tawaf

Salam
Pres dan Pres Pelapis KPA, KPU, KPS, KPT dan KPB
Pengurus Zon


GM akan turun ke zon untuk mengadakan taklimat khusus mengenai latihan khusus untuk penjualan produk tersebut. Tarikh dan lokasi akan di maklumkan dalam waktu terdekat.



Sumber : http://gmalwahida.blogspot.com/

Wednesday, 12 January 2011

PERHATIAN KEPADA SEMUA AGEN STOK

Salam
Insyallah program perisian baru sistem agen stok online sudah memasuki fasa akhir dalam penyiapan. Kita akan melaksanakan berperingkat mulai Mac 2011 dan dijangkakan seluruh agen stok akan menggunakan perisian tersebut menjelang Jun 2011. 
Sehubungan dengan itu agen stok di sarankan memliki dan memahirkan penggunaan komputer bagi memastikan perjalanan perisian tersebut berjalan dengan lancar.
Kelengkapan yang perlu di sediakan
1. Set komputer atau notebook
2. Anti Virus yang high kapasiti bagi tujuan mengelak dari serangan virus, spam dsbnya.
3. Printer utk isu inbois, lapuran dsbnya
4. Sistem internet broadband atau talian strymx atau lain talian.

Koperasi Wahida juga ada menyediakan perkhidmatan jual beli secara ansuran dan sila hubungi koperasi sekiranya tuan dan puan berhajat.

Sekian 
Wasallam


Sumber dipetik daripada : http://gmalwahida.blogspot.com/

Saturday, 8 January 2011

PROGRAM BERSEPADU HPA ZON BORNEO

Info awal supaya semua warga HPA bersedia menggempur HPA di Borneo
Sila buat persiapan awal.
LOKASI:1)DEWAN PUSTAKA MIRI,SARAWAK
       2)PERKAMPUNGAN PERTONAS MIRI,SARAWAK
SASARAN:PENGEDAR HPA
 
4 MARCH 2011 (JUMAAT)
PROGRAM:BENGKEL AGEN STOK (PAGI)
MOTIVATOR:PUAN RASHIDAH ABD RAHIM
SASARAN PENGGUNAAN SISTEM ONLINE KPD AGEN STOK

4 MARCH 2011 (JUMAAT)
PROGRAM:SEMINAR MLMS (MALAM)
MOTIVATOR:UST AHMAD ADNAN

5 - 6MARCH 2011 (SABTU,AHAD)
PROGRAM:MEGA PBC
MOTIVATOR:PENGARAH URUSAN/EN MOHD FAISOL/PJS HAFIZAN
 
6 MARCH 2011 (AHAD)
PROGRAM:PENUBUHAN PELAPIS/PJS BORNEO
MOTIVATOR: PENGARAH URUSAN/EN MOHD FAISOL/PJS HAFIZAN

Monday, 3 January 2011

HPA BORNEO GEMPUR PUNCAK KINABALU

Tahun 2011 ini bakal dibuka dengan Ekspedisi menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara. Seramai 6 peserta akan menyertai Ekspedisi Menawan Puncak Gunung Kinabalu yang akan dijalankan pada 7-9 Januari 2011. Para pendaki tersebut ialah :


1. EN. NOR IZHAM HJ MOHD NOOR (AGM / Pengurus Borneo)
2. EN. MAHADI CHE HARON (Webmaster HPA)
3. PJS EN. Z. AZNAN @ AHMAD BIN ADRINE @ ZULKEFLEE
4. PJS EN. JEFFRI BIN ARMANDO
5. PJS HJ. HJ MD ISKANDAR HJ MD DAUD
6. EN. SAIDI @ ZALI BIN TALIP


Semoga dengan pendakian ini akan memberi satu petanda bahawa HPA bakal menawan kepualuan Borneo tidak lama lagi.

Tuesday, 30 November 2010

Majlis Ramah Mesra bersama GM En. Faisol Abd. Rahman

Assalamualaikum semua Pengedar dan Ahli HPA seluruh negeri Sabah.

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA GM ALWAHIDA MARKETING SDN BHD.
TARIKH : 6 DISEMBER 2010
HARI : ISNIN
MASA : 8 MALAM
TEMPAT : DEWAN HPA PUTATAN, KOTA KINABALU

* SILA SMSKAN NAMA ANDA YANG AKAN HADIR SELEWAT-LEWATNYA PADA 3 DISEMBER 2010(JUMAAT)

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 013-860 3963

Kursus Ilmu & Perawatan Asas Siri 1

Kota Kinabalu, 22 November 2010 - Satu kursus Ilmu Herba dan Perawatan telah berjaya diadakan di Zon Pantai Barat Negeri Sabah. Kursus Siri pertama itu telah dikelolakan sendiri oleh Herbalis Fadlee Sarail yang juga merupakan Pembantu Pegawai Latihan dan Promosi (Perawatan) Zon Borneo.

Saturday, 16 October 2010

Chlorophyll Drop HPA.(Produk Baru)


Buang asid buang penyakit.

Produk HPA kali ini (klorofil)merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah,seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal .(rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).

Sunday, 3 October 2010

Jawatan Kosong Di HPA Sabah

Berikut adalah jawatan kosong yang terdapat di HPA Sabah :

1. Pembantu Pegawai Latihan & Promosi (1 Kekosongan)
2. Pembantu Eksekutif Jualan di HalalMart Putatan (1 Kekosongan)

Kepada yang berminat boleh terus berhubung dengan Pejabat Operasi HPA Sabah.

Friday, 17 September 2010

Melawat Keluarga ALLAHyarham Sabaruddin Sakka

16 Sept. Lahad Datu - Satu siri ziarah telah dilakukan oleh syarikat diwakili oleh En. Nor Izham Mohd Noor(Penolong Pengurus Besar/Pengurus Zon Borneo), En. Khairul Yusri Mat Jusof(Pegawai Operasi Sabah) dan PJS Pn. Suhaimi ke Rumah keluarga Sdr. Sabaruddin bin Sakka. Pemergian ALLAHyarham telah diratapi oleh kebanyakkan ahli keluarganya yang terdekat.

Tuesday, 14 September 2010

TAKZIAH KEPADA KELUARGA SABARUDDIN

SALAM TAKZIAH UNTUK KELUARGA SABARUDDIN BIN SAKA.BELIAU MERUPAKAN STAFF CAWANGAN PUTATAN,SABAH BERUSIA DALAM LINGKUNGAN 30-AN TELAH MENINGGAL DUNIA PADA  HARI KAHMIS (30 RAMADHAN) DALAM SATU KEMALANGAN KETIKA DALAM PERJALANAN BALIK KE KAMPUNG BELIAU DI TAWAU.KEMALANGAN TERSEBUT BERLAKU DI LAHAD DATU.TURUT BERADA DALAM KENDERAAN TERSEBUT IALAH ISTERI DAN 2 ANAK BELIAU MEREKA MENAIKI KERETA PROTON ISWARA.DAN KEMALANGAN TERSEBUT TELAH MERAGUT NYAWA 2 ORANG ANAKNYA DAN ISTERI ARWAH TERSELAMAT.BELIAU AMAT DISENANGI OLEH RAKAN-RAKAN SEKERJA DAN DIKENALI SEBAGAI SEORANG YANG RINGAN TULANG.SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DI GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN.AMIN.


Paparan berita tentang kemalangan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

Tuesday, 7 September 2010

Majlis Berbuka Puasa HPA Kota Kinabalu

3 Sept 2010 - Kota Kinabalu, satu majlis berbuka puasa telah selamat dilaksanakan bertempat di Dewan HPA Putatan. Seramai lebih 30orang yang hadir untuk bersama-sama menjalani ibadah berbuka dan solat sunat Tarawikh pada malamnya. Hadirin yang terdiri daripada kalangan pengedar sekitar Kota Kinabalu bersama-sama staf HPA bersama-sama dalam majlis untuk mengeratkan ikatan silaturrahim.

Majlis diisi dengan tadzkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Murtadha seorang guru Agama di salah sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu. Beliau menegaskan kepada semua bahawa ALLAH sukakan hambanya yang mengejar kekayaan dan bersyukur dengan membelanjakan harta yang diperolehi ke jalan ALLAH. Beliau juga mengingatkan bahawa membawa dan memperkenalkan produk halal kepada masyarakat juga adalah jalan ALLAH.

Sunday, 22 August 2010

Friday, 20 August 2010

PEKELILING SEMASA DAN PERINGATAN BERKAITAN PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)

UNTUK MAKLUMAN :- SEMUA STAF ZON, PRESIDEN KELAB ZON, DAN PENGARAH JATI SETIA.

Atas arahan daripada pihak HQ HPA, beberapa perkara harus diambil kira semasa menganjurkan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).

1. Sila buat surat permohonan sebelum membuat program PBC, surat diserahkan kepada pihak pentadbiran beserta dengan snarai nama peserta dua minggu sebelum PBC berlangsung.

2. Wajib di hadiri oleh peserta berdaftar sahaja dan proksi adalah tidak dibenarkan sama sekali.

3. Setiap program PBC yang dianjurkan wajib dihadiri  oleh sekurang-kurangnya seorang PJS dan seorang PJ yang berkelayakan bagi kapasiti peserta 20 orang dan PJS mesti tinggal bersama sepanjang tempoh program PBC berlangsung (2 hari 1 malam).

4. Pihak syarikat tidak akan mengiktiraf program PBC yang tidak mematuhi arahan yang telah dinyatakan di atas. program yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dianggap tidak sah dan secara automatik terbatal bagi kelayakan kenaikan pangkat PLX bagi setiap peserta yang mengikuti program tersebut.

5. Setiap program PBC akan dipantau oleh Unit Latihan dan Program Pentadbiran Zon Borneo.

6. Kit PBC yang diambil hendaklah dibuat pembayaran berdasarkan jumlah yang diambil dan di "Bank-in" ke akaun HQ dan resit /salinannya di fax kepada pihak pengurusan pentadbiran setelah pembayaran dibuat.


HARAP MAKLUM

PROMOSI SEMPANJANG BULAN RAMADHAN

DAPATKAN DI CAWANGAN / HALALMART HPA YANG BERHAMPIRAN

PUNCA KEGEMUKAN

Apakah yang boleh membuatkan seseorang itu gemuk?

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi. Antaranya :

Tuesday, 17 August 2010

PRODUK HPA DI BULAN RAMADHAN

===============================
Persediaan Menghadapi Bulan Puasa
===============================

Produk HPA yang kita boleh amalkan adalah seperti:

Monday, 16 August 2010

MAKLUMAN CUTI CAWANGAN SEMASA EIDULFITRI

Salam pada seluruh warga HPA.

Adalah di maklumkan bahawa seluruh Cawangan HPA hanya akan tutup pada Hari Pertama dan Kedua Idul Fitri. Sehubungan dengan itu warga HPA boleh berbelanja sehingga hari akhir Ramadhan di semua Cawangan Seluruh Malaysia.

Sekian. Wasallam


Sumber : http://gmalwahida.blogspot.com/2010/08/makluman-cuti-cawangan-menjelang-idul.html