Friday 17 September 2010

Melawat Keluarga ALLAHyarham Sabaruddin Sakka

16 Sept. Lahad Datu - Satu siri ziarah telah dilakukan oleh syarikat diwakili oleh En. Nor Izham Mohd Noor(Penolong Pengurus Besar/Pengurus Zon Borneo), En. Khairul Yusri Mat Jusof(Pegawai Operasi Sabah) dan PJS Pn. Suhaimi ke Rumah keluarga Sdr. Sabaruddin bin Sakka. Pemergian ALLAHyarham telah diratapi oleh kebanyakkan ahli keluarganya yang terdekat.


 Rombongan syarikat telah disambut dengan perasaan hiba dan suram. Kesedihan jelas tergambar di wajah Ibu beliau yang menetap di Jalan Bakawali, Kampung Unta, Lahad Datu. Penantian pulang beraya yang sepatutnya disambut dengan gembira telah bertukar sedih apabila mendapat berita kematian anak beliau. Kini ibunya yang tinggal dua beranak di Kampung tersebut bersama adik lelaki ALLAHyarham. Pihak syarikat yang diwakili oleh En. Izham telah memberi sumbangan dan merakamkan ucapan takziah kepada ibu beliau.

Rombongan diteruskan dengan melawat isteri ALLAHyarham yang ditahan di wad bertempat di Hospital Lahad Datu. Isterinya yang merupakan satu-satunya mangsa kemalangan yang terselamat semasa kejadian telah mendapat kecederaan patah tulang kaki dan rahang. Rombongan sempat memberikan sedikit sumbangan dan memberikan kata-kata semangat kepada isteri ALLAHyarham yang mungkin perlu ditahan untuk tempoh beberapa ketika di hospital tersebut sebelum boleh untuk menjalankan pembedahan tulang kaki.

PJS Pn. Suhaimi kelihatan mensabarkan Ibu kepada ALLAHyarham Sabaruddin.

 Ibu beliau menceritakan saat-saat sedih setelah mendapat berita kematian anaknya.

Melawat isteri kepada ALLAHyarham yang terlantar di Wad.

0 comments:

Post a Comment