Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Friday, 11 February 2011

Program Pemantapan PJS dan Pelapis pada 23 & 24hb Feb 2011

Perhatian seluruh PJS dan Pelapis Malaysia
Kepada tuan dan puan yang mendaftarkan diri menghadiri program pemantapan PJS dan Pelapis pada 23 & 24 hb Feb 2011 di Taman Herba , Bukit Ayer, Perlis diminta untuk seperti berikut;

1. Reconfirm kehadiran anda dengan menghubungi setiausaha PJS Kelab masing masing atau sms terus ke En Kamal pada no hp 0134804717 selewat lewatnya pada 15hb Feb 2011.
2. Bagi yang tidak mendaftar tetapi ingin hadir boleh memohon dengan menghubungi terus En Kamal.
3. Peralatan wajib di bawa;
- peralatan mandi (sabun, ubat gigi, tuala dsbnya)
- pakaian sukan ( kasut, seluar sukan, t shirt bagi lelaki dan pakaian sukan untuk muslimat)
- pakaian solat termasuk sejadah
- selipar
- alatan menulis termasuk buku nota, marker pen, pen, pensil dan yang difikirkan perlu
- Al quran dan Wirid Matsurat
- Ubatan sendiri seperti minyak but but dan produk HPA yang difikirkan untuk kegunaan sendiri.
4. Peserta tidak di sarankan membawa peralatan komputer pada hari program tersebut.
Sebarang perubahan atau penambahan maklumat akan GM infokan dari waktu ke waktu.
Sekian. Wasallam

Wednesday, 12 January 2011

PERHATIAN KEPADA SEMUA AGEN STOK

Salam
Insyallah program perisian baru sistem agen stok online sudah memasuki fasa akhir dalam penyiapan. Kita akan melaksanakan berperingkat mulai Mac 2011 dan dijangkakan seluruh agen stok akan menggunakan perisian tersebut menjelang Jun 2011. 
Sehubungan dengan itu agen stok di sarankan memliki dan memahirkan penggunaan komputer bagi memastikan perjalanan perisian tersebut berjalan dengan lancar.
Kelengkapan yang perlu di sediakan
1. Set komputer atau notebook
2. Anti Virus yang high kapasiti bagi tujuan mengelak dari serangan virus, spam dsbnya.
3. Printer utk isu inbois, lapuran dsbnya
4. Sistem internet broadband atau talian strymx atau lain talian.

Koperasi Wahida juga ada menyediakan perkhidmatan jual beli secara ansuran dan sila hubungi koperasi sekiranya tuan dan puan berhajat.

Sekian 
Wasallam


Sumber dipetik daripada : http://gmalwahida.blogspot.com/

Saturday, 8 January 2011

PROGRAM BERSEPADU HPA ZON BORNEO

Info awal supaya semua warga HPA bersedia menggempur HPA di Borneo
Sila buat persiapan awal.
LOKASI:1)DEWAN PUSTAKA MIRI,SARAWAK
       2)PERKAMPUNGAN PERTONAS MIRI,SARAWAK
SASARAN:PENGEDAR HPA
 
4 MARCH 2011 (JUMAAT)
PROGRAM:BENGKEL AGEN STOK (PAGI)
MOTIVATOR:PUAN RASHIDAH ABD RAHIM
SASARAN PENGGUNAAN SISTEM ONLINE KPD AGEN STOK

4 MARCH 2011 (JUMAAT)
PROGRAM:SEMINAR MLMS (MALAM)
MOTIVATOR:UST AHMAD ADNAN

5 - 6MARCH 2011 (SABTU,AHAD)
PROGRAM:MEGA PBC
MOTIVATOR:PENGARAH URUSAN/EN MOHD FAISOL/PJS HAFIZAN
 
6 MARCH 2011 (AHAD)
PROGRAM:PENUBUHAN PELAPIS/PJS BORNEO
MOTIVATOR: PENGARAH URUSAN/EN MOHD FAISOL/PJS HAFIZAN

Tuesday, 30 November 2010

Majlis Ramah Mesra bersama GM En. Faisol Abd. Rahman

Assalamualaikum semua Pengedar dan Ahli HPA seluruh negeri Sabah.

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA GM ALWAHIDA MARKETING SDN BHD.
TARIKH : 6 DISEMBER 2010
HARI : ISNIN
MASA : 8 MALAM
TEMPAT : DEWAN HPA PUTATAN, KOTA KINABALU

* SILA SMSKAN NAMA ANDA YANG AKAN HADIR SELEWAT-LEWATNYA PADA 3 DISEMBER 2010(JUMAAT)

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 013-860 3963

Sunday, 3 October 2010

Jawatan Kosong Di HPA Sabah

Berikut adalah jawatan kosong yang terdapat di HPA Sabah :

1. Pembantu Pegawai Latihan & Promosi (1 Kekosongan)
2. Pembantu Eksekutif Jualan di HalalMart Putatan (1 Kekosongan)

Kepada yang berminat boleh terus berhubung dengan Pejabat Operasi HPA Sabah.

Monday, 16 August 2010

MAKLUMAN CUTI CAWANGAN SEMASA EIDULFITRI

Salam pada seluruh warga HPA.

Adalah di maklumkan bahawa seluruh Cawangan HPA hanya akan tutup pada Hari Pertama dan Kedua Idul Fitri. Sehubungan dengan itu warga HPA boleh berbelanja sehingga hari akhir Ramadhan di semua Cawangan Seluruh Malaysia.

Sekian. Wasallam


Sumber : http://gmalwahida.blogspot.com/2010/08/makluman-cuti-cawangan-menjelang-idul.html