Profil

Menara HPAIC


           Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

.: Motto Syarikat :.
” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ”

.: Visi Syarikat :.
HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan
yang berkesan.

HPA komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini.

HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

.: Misi Syarikat :.
HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herba dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami.

HPA juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.

HPA menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga, dan masyarakat.

.: Objektif Syarikat :.
  • Menjadi pengusaha No. 1 dan penjual produk herba Muslim di seluruh Malaysia.
  • Memimpin indutsri herba di Malaysia dari segi pengeluaran yang inovatif, berdaya maju, dan berwawasan.
  • Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan.