Tuesday 7 September 2010

Majlis Berbuka Puasa HPA Kota Kinabalu

3 Sept 2010 - Kota Kinabalu, satu majlis berbuka puasa telah selamat dilaksanakan bertempat di Dewan HPA Putatan. Seramai lebih 30orang yang hadir untuk bersama-sama menjalani ibadah berbuka dan solat sunat Tarawikh pada malamnya. Hadirin yang terdiri daripada kalangan pengedar sekitar Kota Kinabalu bersama-sama staf HPA bersama-sama dalam majlis untuk mengeratkan ikatan silaturrahim.

Majlis diisi dengan tadzkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Murtadha seorang guru Agama di salah sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu. Beliau menegaskan kepada semua bahawa ALLAH sukakan hambanya yang mengejar kekayaan dan bersyukur dengan membelanjakan harta yang diperolehi ke jalan ALLAH. Beliau juga mengingatkan bahawa membawa dan memperkenalkan produk halal kepada masyarakat juga adalah jalan ALLAH.


Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan moreh selepas selesai solat tarawikh dan penyampaian cenderahati kepada ustaz yang telah sudi menyampaikan pengisisan pada malam itu.

Hadirin sedang berbuka puasa.


Jemaah wanita sedang menyediakan hidangan berbuka.


Bersedia untuk solat.


Bersedia untuk solat.


PJS Sdr. Aznan menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Murtadha

0 comments:

Post a Comment