Sunday 22 August 2010

Program Bersama Yayasan Amal, Sabah

















Menyedari Bulan ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan, dan bulan mulia yang belum tentu akan dialami di tahun-tahun mendatang, umat Islam seluruhnya perlu meningkatkan amalan dan ibadah kepada Allah s.w.t. Menyedari hakikat kemuliaan bulan ini, HPA Sabah telah menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah mengadakan program pengagihan sumbangan kepada masyarakat di Kg. Damai, Kota Marudu. En. Mohd Khairul Yusri mewakili pihak syarikat sama-sama menyertai agihan sumbangan kepada penduduk kampung.

Diharapkan agar sumbangan syarikat terhadap penduduk kampung ini akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Semoga amalan yang dilaksanakan akan dibalas oleh Allah dengan keredhaan di dunia dan di akhirat.... insyaAllah.....

0 comments:

Post a Comment