Sunday 15 August 2010

PROGRAM : MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN KOMUNITI HPA KOTA BELUD


TARIKH            : 14 OGOS 2010
TEMPAT          : BILIK SEMINAR HALAL MART KOTA BELUD


Sempena meraikan bulan Ramadhan Al Mubarak, pihak ahli jawatankuasa Komuniti HPA Kota Belud telah mengadakan majlis berbuka puasa pada ketetapan dan tarikh seperti yang telah
dinyatakan. Majlis yang dihadiri oleh lebih 30 orang ahli HPA ini sememangnya cukup meriah. Majlis berbuka puasa bermula pada pukul 6.30 petang. Setelah selesai berbuka dengan juadah ringan, para tetamu yang hadir menunaikan solat maghrib berjamaah, dan kemudian dihidangkan dengan juadah utama. Para tetamu juga telah menunaikan solat isya dan seterusnya solat sunat tarawih berjamaah yang di imamkan oleh Ust. Sallehudddin. Selaku imam jemputan pada malam tersebut, Ust. Sallehuddin juga memberikan sedikit  tazkirah berkenaan kepentingan puasa di bulan Ramadhan.  Majlis berakhir dengan penyampaian cendera hati kepada Ust. Sallehuddin yang telah disempurnakan oleh En. Mohd Khairul Yusri mewakili pihak syarikat. 




0 comments:

Post a Comment