Wednesday 11 August 2010

Kunjungan Ke Kilang Radix Sabah

Lok Kawi, 2 Ogos 2010 - Seramai 15 orang ahli rombongan pengedar HPA daripada sekitar Lahad Datu Sabah telah bertandang untuk melawat Kilang Operasi Kopi Radix yang terletak di Lot Perkilangan SME Lok Kawi, Sabah.

Kunjungan tersebut telah disambut mesra sendiri oleh Pegawai Operasi Kilang tersebut iaitu saudara Ahmad Rizal. Rombongan tersebut dimaklumkan dalam perjalanan untuk ke program Perkongsian Bijak Cemerlang yang akan dilansungkan di Labuan.


Dalam majlis ramah mesra bersama pentadbiran kilang tersebut, Ahmad Rizal amat mengalukan kehadiran mereka dan berterima kasih kepada semua pengedar yang sudi untuk membuat kunjungan tersebut. Siri lawatan kali ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan antara pengedar dan pihak syarikat sekaligus telah dapat memberi sedikit motivasi kepada mereka untuk terus berusaha berjuang bersama syarikat.

Ahmad Rizal sedang memberi aluan dan taklimat tentang operasi kilang.



Barisan rombongan yang turut serta dalam lawatan.



0 comments:

Post a Comment