Wednesday 28 July 2010

Lagu Teman Sejati iringi KPJ Lahad Datu

Lahad Datu, 27 Julai : Siri Kuliah Perubatan Jawi diteruskan lagi kali ini bertempat di HPA Cawangan Lahad Datu. Lokasi yang bertempat di Taman Sri Perdana telah dihadiri oleh seramai lwbih kurang 40 orang ahli sekitarnya. Turut serta hadir sama dalam kuliah kali ini ialah 2 orang Pengarah Jati Setia iaitu Puan Suhaimi dan En. Azzam.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi oleh lagu Teman Sejati yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid terkenal Brothers.


Penyampaian kuliah yang cukup bertenaga oleh Ustaz Muhammad telah menarik minat para hadirin untuk tunggu sehingga ke akhir kuliah tersebut. Disamping memberikan penerangan tentang produk herba, Ust. Muhammad juga mengambil kesempatan dengan meniup semangat dan kata-kata semangat serta motivasi kepada semua ahli-ahli HPA yang telah bertungkus lumus untuk memastikan perjuangan yang dicetuskan oleh syarikat dapat diteruskan melalui mereka semua.

Kuliah kali ini merupakan aktiviti yang julung-julung kalinya dilaksanakan di Daerah Lahad Datu. Pada akhir sesi kuliah tersebut juga telah diadakan sedikit penerangan testimoni dan juga aktiviti diagnos melalui anak mata. Majlis kuliah telah berakhir pada jam 11malam.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa.

Nyanyian penuh semangat lagu Teman Sejati

Khusyu' mendengar penerangan herba oleh Ust. Mat.

Kuliah yang penuh semangat dan bertenaga

Peserta yang paling kecil turut serta dalam sesi kuliah kali ini.

0 comments:

Post a Comment