Monday, 26 July 2010

KPJ Sandakan dimulakan dengan Motivasi

Sandakan, 26 Julai : Seramai 40 orang ahli pengedar HPA sekitar Sandakan telah bersama-sama memeriahkan majlis ilmu yang telah disediakan oleh pihak syarikat.

Ust. Muhammad Ibrahim atau dikenali sebagai Ust. Mat Cina telah memulakan sesi kuliah beliau dengan memberi sedikit motivasi kepada semua ahli dan pengedar HPA. Segala kebaikan dan sumbangan yang telah syarikat berikan kepada masyarakat, pahalanya akan diagihkan kepada seluruh ahli yang mendaftar di bawah syarikat HPA. Kata beliau lagi bahawa bonus yang diperolehin oleh ahli HPA bukan sahaja dalam bentuk wang tunai atau baucher, malah bonus dalam bentuk pahala itu lebih bermakna untuk kebangkitan di hari akhirat kelak.


Para hadirin yang hadir teruja dengan motivasi yang disampaikan oleh Ust. Mat tersebut. Majlis kuliah diakhiri dengan tayangan gambar-gambar rombongan Pengarah Urusan bersama petugas-petugas HPA ke Irianjaya dalam misi untuk menyampaikan pelbagai bentuk sumbangan termasuk sebuah Kubah Besar bagi melengkapkan pembinaan masjid di sana. Selain itu dua testimoni penggunaan herba juga memberikan sedikit keyakinan kepada semua peserta yang hadir untuk terus menggunakan produk herba dari HPA.

Ust. Mat sedang memberikan penerangan.

Para hadirin khusyu' mendengarkan kuliah yang bertenaga dari Ust. Mat

Perkongsian testimoni oleh salah seorang peserta lelaki.

Perkongsian testimoni oleh salah seorang peserta wanita.

0 comments:

Post a Comment